Rantai kunci anime kotor? Jangan risau, ini cara senang untuk bersihkannya!

English (Origin) | 日本語(原)




[caption id="attachment_1315" align="aligncenter" width="691"]keychain-head Sumber gambar: Twitter @maru3_RA6 / まるときどきおにーちゃん (diedit oleh MuhdNurHidayat)[/caption]

Jika anda adalah peminat anime yang menyimpan koleksi cenderahati daripada rancangan kegemaran anda, pastinya anda akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk pastikan koleksi tersebut kelihatan sempurna. Letakkan semula DVD atau Blu-ray di dalam bekasnya semula apabila tidak digunakan adalah suatu kemestian, begitu juga dengan menyimpan buku seni dan manga di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari. Anda juga mungkin lebih maju dengan menterbalikkan baju-T dalam ke luar sebelum membasuhnya supaya cetakan pada baju boleh kekal lebih lama, atau menggunakan paku tekan yang mempunyai kepala besar supaya boleh menampal poster kegemaran di dinding tanpa perlu merosakkan poster tersebut.

Tapi bagaimana pula dengan kekotoran yang terkumpul pada rantai kunci (keychain) getah berbentuk watak anime akibat dibawa bersama-sama kita dengan kerap?  Sebenarnya, ada cara mudah untuk membersihkannya tanpa menggunakan sabun.

Kepingan getah telah menjadi lumrah dalam pasaran francais anime popular, dan sebabnya agak mudah kerana harganya yang kurang daripada ¥1,000 (Tukaran: RM 30.70 / Anggap sebagai RM 10.00) adalah berpatutan bagi peminat anime yang ingin jimat bajet tapi masih mampu memberi kepuasannya kepada peminat. Peminat kasual merasa senang hati kerana ia tidak terlalu besar namun masih menunjukkan minatnya terhadap sesuatu anime manakala peminat tegar pula merasa bahagia apabila mampu mengumpul koleksi lengkap kerana kepingan getah ini selalunya dijual secara bersiri dengan pelbagai watak atau gaya yang berbeza.

[caption id="attachment_1318" align="aligncenter" width="580"]keychain05 Strap Vocaloid yang dijual oleh Good Smile Company
Sumber gambar: Good Smile Company[/caption]

Namun setelah sekian lama ia dibiarkan di dalam poket atau tergantung di beg anda, pastinya ia akan kotor dengan lapisan habuk, minyak dan pelbagai bahan tidak diingini yang lain penuh di atasnya.

[caption id="attachment_1321" align="aligncenter" width="599"]keychain01 Patutlah nampak sedih saja dia ni.
Sumber gambar: Twitter @maru3_RA6 / まるときどきおにーちゃん[/caption]

Jangan risau, kerana pengguna Twitter bernama Marutokidoki Oniichan (@maru3_RA6 / まるときどきおにーちゃん) ada cara yang senang untuk membersihkannya.

https://twitter.com/maru3_RA6/status/620812600973000705

Apa yang anda perlukan (selain daripada strap yang kotor) ialah sedikit glu kayu, jenis yang sama yang anda boleh beli di kedai hardware (kedai alatan pertukangan). Buka penutup glu dan sapu rata untuk menutupi keseluruhan kawasan strap yang ingin dibersihkan.

[caption id="attachment_1322" align="aligncenter" width="599"]keychain02 Sapu rata menutupi keseluruhan bahagian yang ingin dibersihkan.
Sumber gambar: Twitter @maru3_RA6 / まるときどきおにーちゃん[/caption]

Kemudian, biarkan ia kering selama sehari. Sementara menunggu, buatlah apa-apa saja seperti menikmati video anime dan yakinlah anda bukannya membuat benda yang tidak produktif sebab anda sedang membersihkan strap tersebut.

[caption id="attachment_1323" align="aligncenter" width="600"]keychain03 Selepas sehari dibiarkan.
Sumber gambar: Twitter @maru3_RA6 / まるときどきおにーちゃん[/caption]

Seperti yang dijangka daripada namanya, glu kayu takkan memberi kesan kepada getah. Menurut Marutokidoki Oniichan, selepas glu kayu itu kering dan 24 jam telah berlalu, anda sepatutnya boleh menarik glu tersebut secara perlahan daripada strap, kemudian hasilnya...

[caption id="attachment_1324" align="aligncenter" width="600"]keychain04 Bersih seperti baru.
Sumber gambar: Twitter @maru3_RA6 / まるときどきおにーちゃん[/caption]

... semua kekotoran tadi telah hilang kerana ia melekat pada glu tersebut!

Jadi itulah dia, cara yang senang dan efektif untuk menyegarkan semula wajah strap anda. Kini, anda boleh membawanya ke mana-mana acara anime yang telah dirancang. Kebanyakan acara anime akan sesak dengan orang ramai yang berkemungkinan tidak mandi sepanjang berada di situ, jadi anda akan gembira kerana adanya sedikit oasis kebersihan iaitu strap anda di tengah lautan kekotoran manusia.

Sumber: Jin (Bahasa Jepun)
Artikel asal: RocketNews24 (Bahasa Inggeris)

Comment

If you have anything to comment about this content, please send a tweet with the URL link of this content and your comment to the Twitter account @mnh48com, which is created specifically for blog communications. This is because Blogger comment system does not work the way I wanted, and I have disabled it because of that.